Hutong pada zaman moden Hutong

Pada penghabisan abad ke-20, wangsa Qing telah berkecai ketika zaman wangsa China menuju keakhirannya. Peraturan tradisional hutongnya juga dilibatkan. Banyak hutong baru, dibina dengan tiada pelan nyata, bermula muncul di pinggiran bandar lama, sementara yang lebih tua telah kehilangan kelihatan teraturnya yang dahulu. Stratifikasi masyarakat penetap-penetapnya juga bermula untuk melenyap, mencerminkan kejatuhan sistem feudal.[perlu rujukan]

Sewaktu zaman Republik China dari 1911 hingga ke 1948, masayarakat kurang stabil, penuh dengan bahaya perang saudara dan penyerbuan orang asing. Beijing merosot, dan keadaan hutong semakin teruk. Siheyuan yang dimiliki terdahulunya dan diduduki oleh satu keluarha telah dibahagikan dan dikongsi oleh banyak rumah tangga, dengan penambahannya dilekatkan di mana perlu, dibina dengan apa-apa sahaja bahan yang ada. 978 hutong disenaraikan dalam rekod Wangsa Qing Dynasty bertambah ke 1,330 pada 1949.[perlu rujukan] Kini, dalam sesetengah hutong, seperti di Da Shi Lan, keadaan semakin teruk.[3]